Artikel Trending

Heboh bila Gaji Bersih Puan Lola Ibu Kepada Adik Firdaus Sekitar RM1,549.38!!


Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
 

PANAS! Apa kata Jiran mengenai Remaja OKU?

Nilai: “Kami memang tahu dia (Lola) ada dua anak, seorang sihat dan seorang lagi cacat. Tetapi, dia tidak bercampur dengan kami atau memberitahu masalah dihadapinya.

“Kami terkejut sejurus mengetahui anak lelakinya yang cacat itu ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus,” kata jiran kepada wanita dikenali sebagai Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15.


Jiran terbabit yang mahu dikenali sebagai Eton, 40-an, berkata, biarpun tinggal berjiran bersama Lola di tingkat satu Flat Semarak, Taman Semarak, di sini, dia tidak pernah bergaul menyebabkan penduduk tidak tahu masalah hidupnya.

Katanya, pada 1999, Lola menetap di tingkat tiga flat sama sebelum berpindah ke tingkat satu pada 2007.
“Namun, sepanjang mengenali Lola, saya hanya melihat wanita itu keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang di sebelah malam, malah tidak bergaul dengan jiran,” katanya.

Eton berkata, Lola juga sukar dilihat kerana kedudukan rumah sewanya paling hujung bersebelahan tangga dan tidak melalui hadapan rumahnya untuk turun ke bawah.

“Sejak 15 tahun tinggal di sini, hanya satu atau dua kali Lola datang ke majlis anjuran flat menyebabkan ramai tidak mengetahui kehadirannya di sini,” katanya yang memaklumkan wanita itu hanya sekali datang berhari raya di rumahnya pada 2011 bersama anak keduanya.

sumber dari
myMetro
 

Pemilihan PKR : Samseng Kota Raja Cetus Tragedi Berdarah

Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kota Raja hari ini dicemari suasana tegang serta aksi pergaduhan, seolah-olah menunjukkan parti itu dianggotai ramai gengster dan samseng.

Ketegangan bermula pada kira-kira pukul 4.15 petang apabila salah seorang pengundi dikatakan cuba mensabotaj proses pemilihan dengan merosakkan peti undi.

Tindakan lelaki itu menyebabkan suasana dalam Dewan Serbaguna Klang Jaya, Taman Desawan di sini kecoh sehingga dapat didengari para penyokong di luar dewan.

Suasana menjadi panik apabila beberapa petugas urus setia meluru keluar dewan dan mengarahkan pintu bangunan itu dan pagar ditutup.


Arahan berkenaan menyebabkan para penyokong cuba masuk tetapi dapat dihalang petugas urus setia, namun ada di antara mereka berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar.

Di luar dewan, suasana cukup tegang antara para penyokong termasuk adegan membaling kerusi.

Bagaimanapun, kecekapan anggota-anggota polis berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius, malah tiada peti undi dilaporkan rosak. Sebanyak dua pengundi dan penyokong cedera dengan luka pada kepala.

Berikutan kekecohan tersebut, proses pemilihan semula cabang berkenaan yang sepatutnya tamat pada pukul 5 petang diawalkan kira-kira 25 minit. Peti-peti undi kemudian dibawa ke Ibu Pejabat PKR dengan diiringi kereta peronda polis.

Usaha media untuk mendapatkan penjelasan daripada beberapa urus setia dan pemimpin PKR yang hadir gagal kerana masing-masing enggan mengulas kejadian tersebut.

Sebelum itu, kekecohan sudah pun berlaku sejak proses pemilihan bermula, antaranya apabila beberapa pengundi yang sedang mengundi di dalam dewan diarah keluar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang juga penyandang jawatan ketua cabang Kota Raja pada kira-kira pukul 11.30 pagi.


Pengundi terbabit diminta menyemak semula nama dalam senarai berdaftar oleh Xavier yang mengesyaki mereka sebagai 'pengundi hantu'.

Dakwaan tersebut membuatkan beberapa penyokong berang dan ada yang melemparkan rasa tidak puas hati kepada Xavier.

Salah seorang penyokong, K. Krishnan, 55, memberitahu, dia mempersoalkan tindakan Xavier itu yang dilihatnya seperti menyalahgunakan kuasa wakil rakyat.

"Apa kuasa kamu memanggil mereka? Kamu hanya wakil rakyat. Apa mahu gaduh-gaduh?," soalnya kepada Xavier. Bagaimanapun, dia berjaya ditenangkan oleh penyokong-penyokong lain.
 

Terkini MH370: Kapten Zaharie suspek utama, keluarga dan rakan berang!


SHAH ALAM – Ahli keluarga dan rakan-rakan juruterbang Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berang dengan laporan akhbar Sunday Times, di United Kingdom (UK) hari ini yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.

Mereka juga telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Kapten Zaharie dalam laporan itu sambil menyifatkannya sebagai laporan tersebut tidak bertanggungjawab kerana tidak menamakan sumber.

"Ia hanya disebut polis cawangan khas. Beri kami nama, yang merupakan seorang yang berkata semua ini? Polis Malaysia juga perlu datang dengan satu kenyataan mengenai perkara ini.

"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta-tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong oleh bukti yang besar dan bukti atau jika tidak, ia akan berakhir menjadi spekulasi lain,” kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, seorang kawan keluarga juruterbang itu.

Dr Mohd Ghouse berkata, keluarga kapten itu kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini.

Laporan itu menyebut bahawa kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, tetapi polis percaya jika ia adalah hasil daripada tindakan manusia dan kemungkinan pelakunya adalah Kapten Zaharie.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa polis cawangan khas Malaysia telah memberi tumpuan kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal untuk menyokong apa-apa syak wasangka tentang orang lain di atas kapal.

Dalam pada itu, laporan akhbar itu turut dianggap sebagai satu ejekan apabila ia disifatkan sebagai satu contoh ‘kewartawanan longkang’. Dr Mohd Ghouse berkata, apabila laporan itu diteliti, ia sangat kabur dengan mengatakan Kapten Zaharie adalah suspek utama jika kehilangan pesawat itu disebabkan tindakan manusia.

“Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada pesawat itu. Cari kotak hitam, cari kapal terbang dahulu dan letakkan segala-galanya di atas meja sebelum keluar (laporan) untuk menyalahkan Kapten Zaharie,”katanya.

Beliau berkata terdapat ruang kosong dalam laporan itu yang hanya membuka pintu kepada spekulasi dan tuduhan.

“Artikel seperti ini akan digunakan oleh entiti berita lain seperti Daily Mail dan Mirror, apa sahaja adalah dalam artikel hari ini hanya mengulangi dakwaan sebelum ini yang telah dinafikan oleh pihak polis,” kata Dr Mohd Ghouse.

Menurut laporan itu, keputusan awal siasatan itu belum diterbitkan tetapi telah dikongsi dengan kerajaan asing dan penyiasat. Mereka telah didedahkan oleh orang-orang dalam industri penerbangan dan pegawai kerajaan di Asia Tenggara.

Laporan itu memetik seorang jurucakap polis Malaysia sebagai berkata siasatan polis masih lagi dijalankan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar pada 8 Mac selepas ia telah berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Satu operasi carian antarabangsa besar-besaran setakat ini gagal untuk mencari apa-apa kesan pesawat Boeing 777-200ER.

Sumber: Sinar Harian
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger