Nedim Nazri Penjawat Awam Yang Memiliki Kereta Lamborghini RM2.8 Juta??

Nedim Nazri Aziz Pandu Lamborgini Aventador : Mungkin inilah yang dikatakan “tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.


Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?



Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.


Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau “mampu” mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……

Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer “milik seseorang” dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)





Secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan. Anda mampu?


Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger