NGERI !!! 4 MAUT NAHAS NGERI DI BALING AKIBAT TIDAK LEPAS MEMOTONG


Baling: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat sini, jam 5.40 petang tadi.

Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi.

Sumber berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Baling menuju ke Kulim, cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Sentra berkenaan.

Berikutan itu, katanya lelaki yang juga pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit pada tempat duduk pemandu kenderaan yang remuk.

Penumpang Nissan Sentra terbabit yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Baling, di sini, namun disahkan meninggal dunia.
Manakala isteri dan anak lelaki kepada pemandu kereta Perodua Kancil berkenaan turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, katanya.
Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger