Pelajar UM Zulaikha Adam Diarah Buka Purdah Ketika Exam


Ketika ini kisah seorang pelajar yang berpurdah Zulaika Adam menjadi bualan ramai di media sosial.Ini kerana status faceboknya yang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan UM.Dia telah di arah keluar dari dewan peperiksaan untuk membuka purdah.

Tulisan pertama Zulaikha Adam memperlihatkan dia amat kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya sewaktu mengambil peperiksaan.
Ini status pertama Zulaikha Adam:



masalahnya kalau aku nak pakai purdah dalam Exam Hall hatta dalam UM sendiri? Perlu ke suruh aku keluar dewan cabut purdah? Dengan alasan undang-undang UM tak membenarkan. Ok takpa. Aku boleh patuh lagipun aku pegang purdah sebagai sunat. Tapi perlu ke masa aku tengah sibuk nak menjawab suruh aku keluar? Kenapa tak bagi amaran saja dulu: "Adik esok jangan pakai dah." atau tahan aku kat muka pintu sebelum masuk. Atau tampal notis besar-besar. "NO NIQAB". Wahai UM. Aku rasa pelajar-pelajar lain yang pakai seksi tahap gaban tu takda pula kau nak cantas padahal bukan dalam etika pemakaian semua pelajar kena sopan ke? Inilah undang-undang Islam akhir zaman. Yang tak bertudung itu hak kan? Jadi hak aku jugalah nak pakai purdah atau tidak. Tak adil. Dan satu lagi. Tiada sebab untuk purdah dilarang. Tiada! Sekian.

Kemudia pelajar Universiti Malaya ini menulis status kedua untuk mempertahan tindakannya memakai purdah atau niqab

Jom baca luahan hati pelajar itu, Zulaikha Adam.

Zulaikha Adam
Yesterday
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Status 'purdah' saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.

Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.

Tetapi apa yang mengecewakan, apabila saya perhatikan undang-undang manusia yang semakin jauh dari Islam. Berilah 100 rasional, kenapa purdah tidak dibenarkan dalam universiti? Barulah saya akan akur, bahawa purdah ini memudaratkan. Tapi ternyata tidak bukan? Apakah yang dididik dalam Islam itu memudaratkan? Bukankan purdah itu tujuannya untuk melindungi? Terutamanya untuk perempuan.

Lebih terkilan, apabila saya terkenang pelajar-pelajar lain yang berada di sekeliling saya yang masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna. Mereka tenang berlegar-legar dalam zon bebas "buka aurat", kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Ada yang berambut merah, ada yang berseluar pendek, mini skirt dan lain-lain. Dalam hal ini, bukan saya mempertikaikan kenapa mereka tidak menutup aurat? Tetapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan setiap universiti ada kod etika dan pemakaian tersendiri. Kenapa yang memakai purdah sehelai ini yang mati-matian ditegah?

Jujur, yang membuat saya agak marah tadi bukan kerana tidak dibenarkan memakai purdah di dalam dewan peperiksaan, tapi kerana pengawas peperiksaan tadi seolah-olah mencabar hak saya untuk berpakaian apabila saya 'bertegas untuk tidak buka'. Bila berbicara tentang HAK, itu terpulang pada manusia itu sendiri untuk menentukan. Kenapa harus kakak tadi begitu takut dengan ketua pengawas yang cuma manusia itu?

Saya terfikir, dalam tempoh sesingkat tadi untuk melawan terus. Buktikan mana hitam putih purdah tidak dibenarkan, dan alasan musabab purdah tidak dibolehkan? Kalau dengan alasan PENYAMARAN, itu cukup dangkal dan boleh disangkal. Saya sudi menyelak sekejap purdah, tetapi jangan disuruh untuk buka terus. Akhirnya saya tetap akur dan menghormati ratusan pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan. Akur, tetapi kecewa.

PURDAH. Itu tidak melambangkan baik atau tidaknya seseorang. Jangan kerana seseorang wanita itu berpurdah, dia sudah cukup baik. Tidak semestinya! Sebaliknya, purdah digunakan sebagai perlindungan dan pertahanan dari dosa dan maksiat. Sekali lagi, bukan kerana baik atau tidaknya seseorang.

Namun, jika adanya undang-undang manusia yang jahil seperti ini, sampai bila-bila pun lah tiada orang yang berpeluang untuk menjadi baik. Kerana lebih takut. Dengan undang-udang manusia, bukan dengan undang-undang Tuhan.

Wallau'alam.

Sekian.

Itulah tulisan panjang lebar dari Zulaikha Adam yang memperjuangkan haknya sebagai seorang yang berpurdah/niqab. - 
Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger