Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kini akaun Facebooknya pula digodam.
Akaun Facebook milik Imashima Lola, ibu kepada adik OKU (Firdaus Dullah) yang dikurung dalam sebuah bilik beberapa hari yang lalu telah digodam oleh penggodam Malaysia, The Rileks Crew.
Rileks Crew bertindak meng'approve' hampir semua permintaan orang ramai yang ingin menjadi rakan kepada Puan Lola. Selain itu, Rileks Crew juga turut mengemaskini status Facebook dengan kata-kata yang mengambarkan seolah-olah wanita terbabit tidak bersalah disusuli dengan gelak ketawa. Tindakan itu dilihat sengaja mengaibkan Puan Lola.
Kasihan dengan nasib yang menimpa Puan Lola. Sungguhpun apa yang dilakukan oleh si ibu itu dianggap kejam oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui hal sebenarnya yang berlaku, tidak perlulah didedahkan apa yang ada di dalam akaun Facebooknya untuk tatapan umum.
Cukuplah dia ditahan oleh pihak berkuasa. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Godam akaun seseorang bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan, itu boleh lagi diterima akal. Tetapi jika godam untuk memburukkan lagi keadaan, wajarkah tindakan seperti itu?
Sepatutnya kita doakan agar si ibu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Dalam perkembangan terkini, bapa kepada Firdaus Dullah didapati telah meninggal dunia pada usia 51 tahun 22 Januari 2012 di Sabah.