Hanez Suraya bakal didakwa di mahkamah?


Aktres yang tidak pernah lari dari kontroversi, Hanez Suraya dikatakan bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kekasihnya, Romie Razin Adilha dan isterinya Nur Liyana Abdul Manan.

Namun menurut laporan Sinar Harian, Hanez yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai hal ini lagi. "Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi," ujarnya.

Sementara itu, Hanez juga ada mengeluarkan satu kenyataan menerusi Harian Metro yang menggambarkan seolah-olah hubungannya dengan Romie telah pun berakhir.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu penceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami," katanya.

Sementara itu, Hanez turut melahirkan rasa kesalnya apabila masih ada pihak terus menerus menuduh dirinya dengan membuat pelbagai dakwaan negatif.

"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masakah dihadapi hanya mereka yang tahu dan saya faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama.

"Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus," ujarnya.
Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger