Panas! Bot "Pulau Carey" Karam! Lebih 60 Rakyat Indonesia Masih Hilang

Misi mencari dan menyelamat bot tenggelam di Selat Melaka, hari ini. Lebih 60 rakyat Indonesia masih hilang selepas bot kayu yang mereka naiki terbalik berhampiran Sungai Air Hitam di Banting malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Jun, 2014.

Siasatan awal polis mendapati muatan penumpang berlebihan adalah antara punca bot yang membawa 97 warga Indonesia karam di kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di Pulau Carey malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abd Razak berkata bot seumpama itu biasanya boleh membawa penumpang hanya kira-kira 40 hingga 50 orang.

Katanya bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

"Kita sedang menjalankan gerakan mengenal pasti punca kejadian, siapa pemilik sebenar bot tersebut, destinasi dan bagaimana proses perjalanan ini berlaku sehingga berlakunya kejadian ini... difahamkan semasa kejadian ada berlaku ribut," katanya dalam sidang media di Banting, hari ini.

Katanya, setakat ini seorang mangsa ditemui mati manakala 61 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditemui selamat.

"Mayat dihantar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah manakala mereka yang terselamat disiasat oleh Kastam Diraja Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyuludupan Migran 2007.

"Kemungkinan baki mangsa yang belum ditemui untuk hidup adalah tinggi memandangkan kejadian ini tidak sampai tempoh 24 jam dan paras air di kawasan berkenaan tidak dalam.

Beliau berkata kesemua mangsa yang ditemui tidak memakai jaket keselamatan.

"Anggaran usia para penumpang antara enam tahun dan 60 tahun dan identiti sebenar mereka akan dikenal pasti selepas proses dokumentasi dijalankan," katanya.

Ketika ini usaha mencari dan penyelamat baki mangsa dianggarkan 34 orang sedang giat dijalankan dan operasi meliputi kawasan di pesisiran pantai Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira empat batu nautika dari tempat kejadian, katanya.

Operasi disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kuala Langat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Nelayan.

APMM juga menggunakan helikopter jenis AW139 dalam operasi itu.
Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger