Bangkai Ayam Atas Katil Mahasiswa UMS Kampus Labuan



Apa nak jadi dengan pelajar Universiti di negara ini? Demonstrasi jalanan pun mereka rajin, konsert artis pun mereka rajin, tapi bila kecundang di tengah jalan, orang lain pula yang dipersalahkan. Apa yang akan Oh! Media laporkan ini mungkin lebih mengejutkan kerana mahasiswa di negara ini sudah mula berperangai tidak ubah seperti Ah Long!

Menurut pengirim, kejadian ini berlaku di Universiti Malaysia Sabah (Kampus Labuan) di mana melibatkan pengerusi Pro Mahasiswa UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Saudara Jamhuri Mohamad di mana telah menerima ugutan di mana bangkai ayam yang disembur cat merah diletakkan di atas katilnya.


Kejadian ini dikatakan ada segelintir pihak yang tidak berpuashati. Ialah dalam Universiti pun ada politiknya juga bukan dan pada kami, apa yang mereka lakukan sedikit-sebanyak mengikut contoh yang ditunjukkan parti-parti politik di negara ini sendiri.





Pendapat pertama mengapa ugutan ini berlaku adalah mengenai isu M16 di mana mahasiswa bertindak mempertahankan premis kedai yang dirampas pihak atasan.

Pendapat kedua mungkin disebabkan saudara Jamhuri terlalu berani menyuarakan pendapat beliau di dalam kawasan Universiti tersebut.

Pengirim yang ingin namanya dirahsiakan menyuarakan pendapat yang beliau sangat tidak berpuas-hati akan tindakan segelintir individu yang melakukan ugutan tidak bermoral seperti ini dan sekaligus menunjukkan sikap ketidakmatangan di mana sepatutnya kejadian seperti ini tidak patut berlaku lebih-lebih lagi di dalam kawasan universiti.

Kejadian seperti ini harus dipandang serius oleh pihak Universiti dan juga pihak berkuasa agar ianya dapat dibendung dari akal-umbi agar sesuatu yang lebih serius tidak berlaku pada masa akan datang di mana ketika itu, barulah tindakan sibuk nak diambil.
Share this article :
 
 
Published by TV3MEDIA
Proudly powered by Blogger