Semua sedia maklum, hari ini kalau boleh masing-masing nak letak nama anak panjang. Mungkin ada 2 3 nama orang untuk digunapakai pada seorang anak. Tapi gambar terbaru yang Oh! Media terima ini menarik perhatian kami kerana ini kali pertama juga kami ternampak nama orang Malaysia yang begitu panjang seperti ini.
Pernahkah anda melihat nama sebegini panjang?
Apapun Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu dan bapa anak ini kerana setiap satu namanya itu bermakna baik-baik sekali. Tapi oleh kerana panjang sangat, susah nak muat untuk tulis di muka depan buku lebih-lebih lagi tulisan kanak-kanak. Itu yang terpaksalah guna komputer untuk lebih memudahkan.
Semoga adik Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu dan bapa ya? Amin.